Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/459162
Title: Perlaksanaan dakwah melalui pendidikan terhadap Orang Asli di Daerah Alor Gajah, Melaka
Authors: Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah (P52403)
Supervisor: Ghafar Hj. Don, Prof Madya Dr.
Keywords: Dakwah
Orang Asli
Da'wah (Islam)
Issue Date: 7-Jun-2012
Description: Disertasi ini adalah satu kajian terhadap perlaksanaan dakwah melalui pendidikan terhadap Orang Asli di daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian ini bertujuan mengenal pasti latar belakang masyarakat Orang Asli di daerah Alor Gajah, dengan melihat peranan dakwah melalui pendidikan dalam dakwah Islamiah terhadap masyarakat Orang Asli di samping turut menganalisis keberkesanan dakwah melalui pendidikan dalam dakwah Islamiah terhadap masyarakat Orang Asli di daerah Alor Gajah. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menjalankan kajian perpustakaan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kajian lapangan yang meliputi instrumen soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji menjalankan soal selidik terhadap 56 responden yang berada di daerah Alor Gajah. Temu bual di lakukan dengan menemu ramah pegawai di JHEOA dan pegawai dakwah JAIM. Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa dakwah melalui pendidikan banyak memberi kesan kepada Orang Asli. Daripada soal selidik ini juga didapati, dakwah melalui pendidikan menunjukkan sangat berkesan. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan dakwah melalui pendidikan kepada Orang Asli sangat penting bagi memastikan bahawa masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan beberapa metode seperti pengisian dan bimbingan yang berterusan bagi menarik minat yang lebih mendalam tentang ajaran Islam. Kajian ini mencadangkan bahawa pihak-pihak berwajib serta NGO-NGO perlulah bersatu dengan perancangan yang sistematik bagi memastikan kejayaan dakwah melalui pendidikan dapat dicapai.,Master / Sarjana
Pages: 119
Call Number: BP170.85.A374 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_84733+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
759.14 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.