Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/458473
Title: Amalan penentuan keperluan anak di bawah tanggungan dalam pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Authors: Rosnani Hussain (P90092)
Supervisor: Md. Yazid Ahmad, Dr.
Keywords: Islamic law
Marital property (Islamic law)
Domestic relations (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  1
Description: Amalan tuntutan harta sepencarian telah diiktiraf oleh perundangan Islam di Malaysia dan diletakkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri dan boleh dituntut dengan sebab berlakunya perceraian, poligami atau kematian. Oleh itu, dalam membuat pembahagian aset atau harta tersebut, mahkamah hendaklah mengambil kira atau mempertimbangkan beberapa perkara sebelum sesuatu keputusan diputuskan seperti takat sumbangan yang telah dibuat oleh setiap pihak bagi memperoleh asetaset tersebut, hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka dan juga keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu. Namun demikian, berkenaan kedudukan keperluan anak di bawah tanggungan dalam pembahagian harta sepencarian tidak begitu jelas. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kedudukan keperluan anak di bawah tanggungan menurut syarak, mengkaji pengaruh keperluan anak di bawah tanggungan dalam penghakiman kes tuntutan harta sepencarian dan menganalisis pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) terhadap keperluan anak di bawah tanggungan dalam menentukan kadar harta sepencarian. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang melibatkan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan bagi mengukuhkan lagi data kajian, temu bual separa struktur telah dilakukan terhadap pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang kajian ini iaitu hakim MSWPKL. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif, deduktif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan keperluan anak di bawah tanggungan menurut syarak terdiri daripada keperluan khusus dan keperluan umum. Keperluan khusus merangkumi keperluan yang termasuk di bawah kategori nafkah anak seperti keperluan untuk mendapatkan makanan, penyusuan, pendidikan, perubatan dan tempat tinggal. Manakala keperluan umum terdiri daripada keperluan untuk bermain, mendapat kasih sayang dan perlindungan. Dalam penghakiman tuntutan harta sepencarian, antara elemen yang memberi pengaruh keperluan anak di bawah tanggungan ke atas kadar pembahagian harta sepencarian iaitu kelayakan anak, status, tempat tinggal dan sumber kewangan. Semasa memutuskan pembahagian harta sepencarian terhadap keperluan anak di bawah tanggungan, pihak MSWPKL menggunakan pendekatan melalui penggunaan budi bicara hakim, pendekatan yang mengambil kira keperluan anak di bawah tanggungan diletakkan di bawah pembahagian suami isteri, pendekatan yang mengambil kira keperluan nafkah bagi anak di bawah tanggungan dalam prosiding harta sepencarian dan pendekatan yang menggunakan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani oleh pasangan suami isteri. Seterusnya, implikasi kajian ini ialah memberi sumbangan dalam pengembangan ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan oleh para pengkaji dan juga pihak perundangan untuk memudahkan urusan penghakiman atau perbicaraan kes-kes yang melibatkan keperluan anak di bawah tanggungan dalam pembahagian harta sepencarian.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 183
Call Number: BP158.M29R637 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
815 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.