Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/458365
Title: Implikasi ikhtilat ke atas kesejahteraan keluarga
Authors: Nurul Ain Mazelan (P78777)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Keywords: Man women relationships -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  9
Description: Ikhtilat antara lelaki dan perempuan ajnabi telah banyak dijadikan bahan kajian. Mutakhir ini ikhtilat sering kali melibatkan golongan dewasa yang sudah berkahwin. Kesejahteraan keluarga tergugat dengan kes-kes khalwat dan peningkatan angka penceraian disebabkan orang ketiga. Keretakan institusi keluarga berkait rapat dengan masalah ikhtilat pasangan suami atau isteri yang memandang enteng aspek pergaulan di dalam Islam. Terdapat perselisihan pandangan berkaitan definisi dan hukum sebenar bagi ikhtilat disebabkan kecenderungan mazhab, perbezaan pandangan dalam memahami nas dan persekitaran penulisan. Para sarjana mengkategorikan terdapat ikhtilat yang diharuskan dan ikhtilat yang diharamkan. Kajian ini bertujuan meneroka bentuk ikhtilat pada masa kini sekali gus mengenal pasti faktor ikhtilat serta menganalisis kesannya ke atas kesejahteraan keluarga. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temu bual. Manakala proses penganalisisan data pula menggunakan pendekatan analisis deskriptif, tematik dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bentuk ikhtilat pada masa kini berlaku melalui dua bentuk iaitu (a) fizikal dan (b) alam maya. Seterusnya terdapat sembilan faktor dalaman dan empat faktor luaran menyebabkan golongan berkeluarga terlibat dengan ikhtilat termasuk faktor utama (a) salah guna teknologi (b) kurang kefahaman agama. Dapatan kajian juga mendapati ikhtilat memberi kesan negatif ke atas kesejahteraan keluarga melalui tiga aspek iaitu (a) kesan ke atas hubungan perkahwinan, (b) kesan ke atas anak-anak dan (c) kesan ke atas pekerjaan. Signifikan kajian ini secara langsung memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjelasan hukum ikhtilat, bentuk ikhtilat secara fizikal dan alam maya serta cara-cara mengatasi ikhtilat dalam kalangan suami dan isteri. Justeru, kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak berwajib tentang perlunya panduan dan etika di alam rumah tangga dan pekerjaan, program pembinaan dan bimbingan berhubung batas-batas pergaulan demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian keluarga.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 172
Call Number: BP190.5.S4N83 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_125962+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.