Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/458296
Title: Perbandingan antara hermeneutik Bible dan metode tafsir al-Quran terhadap ayat keperibadian Nabi Isa A.S.
Authors: Noor 'Ain Mustaffa Johari (P81798)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hermeneutik Bible
Bible
Tafsir al-Quran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  30
Description: Kajian pentafsiran kitab suci agama-agama merupakan elemen penting bagi memastikan kefahaman dan penjelasan daripada kandungan kitab difahami dengan baik oleh penganut. Bagi dunia Kristian dan Islam, berlaku perkembangan yang pesat dari sudut perbahasannya dan tidak terlepas daripada menimbulkan kontroversi. Antaranya wujud usaha daripada sebahagian golongan Muslim yang cuba mentafsirkan al-Quran berdasarkan metode hermeneutik dengan sangkaan ianya adalah satu metode baharu berbanding metode lama yang bersifat konservatif. Maka, kajian ini bertujuan membincangkan perbandingan kaedah hermeneutik Bible dan metode tafsir al-Quran yang betul. Isu yang dipilih di dalam kajian ini ialah mengenai keperibadian Nabi Isa a.s yang merupakan tokoh yang terkandung di dalam kedua kitab suci agama tersebut. Perbandingan kaedah pentafsiran adalah bertujuan menjelaskan pendirian kedua agama tersebut melalui sumber hukum yang menjadi pegangan penganut dan seterusnya membina kefahaman terhadap isu keperibadian Nabi Isa a.s. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu mendapatkan data melalui analisis dokumen dan temu bual bagi mengenal pasti kefahaman mengenai hermeneutik Bible dan metode tafsir al-Quran tentang keperibadian Nabi Isa a.s. Temu bual dilakukan hanya kepada pihak agama Kristian bagi mendapatkan maklumat mengenai penggunaan kaedah hermeneutik Bible agama Kristian memandangkan kurangnya sumber dan maklumat daripada golongan sarjana Kristian setempat manakala metode tafsir merupakan metode yang tetap dan tidak berubah. Analisis transkripsi, deskriptif dan komparatif digunakan untuk menganalisis transkripsi temu bual, deskriptif dokumen dan perbandingan hermeneutik Bible dan metode tafsir al-Quran. Dalam mentafsirkan ayat-ayat keperibadian Nabi Isa a.s, kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari sudut pembangunan asas periwayatan dan kaedah pentafsiran antara kedua-dua metode tersebut yang kemudiannya menghasilkan pegangan yang berbeza terhadap keperibadian Nabi Isa a.s. Hermeneutik Bible pada hari ini dilihat cenderung mentafsirkan teks dengan mengambil kira tiga pendekatan utama iaitu sejarah, bahasa dan budaya melalui pendekatan sarjana mereka (behind the text, in the text and in front of the text) manakala al-Quran memulakan pentafsirannya dengan mengutamakan kandungan wahyu iaitu teks al-Quran dan diikuti dengan hadis Nabi s.a.w, pendapat Sahabat dan Tabiin dan juga metode pentafsiran akal (al-Ra'y) yang dibangunkan oleh para mufassir yang memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai pentafsir. Implikasi kajian didapati merangkumi perkara mengenai pentafsiran al-Quran serta kesan terhadap penganut agama Islam menguatkan lagi kajian ini dijalankan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 135
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_121302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.