Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/458209
Title: Pengaruh al-Quran al-Karim terhadap pidato Khulafa' Abbasiyah
Authors: Mohammad Kamil Jaafar (P38890)
Supervisor: Idris bin Abdullah, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Qur'an-Language
style
Abbasids-Literatures-Civilization
Issue Date:  1
Description: Kajian disertasi ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh uslub al-Qur'an al-Karim terhadap pidato para Khalifah Bani al-cAbbas. Zaman ini terkenal sebagai zaman keemasan dan kegemilangan tamadun Islam termasuk kemajuan dalam genre sastera Arab cAbbasi. Kajian ini juga menyingkap sikap dan kehidupan para khalifah Bani al-cAbbas yang mengambil cakna dan terlibat secara langsung memberi galakan moral dan material kepada kegiatan sastera. Kesediaan dan kesungguhan para khalifah Abbasiyah terutama pada zaman Abu Jacfar al-Mansur, Harun al-Rashid dan al-Macmun yang memberi imbuhan lumayan kepada penggiat sastera telah menyemarakkan kegiatan kesusasteraan terutama dalam prosa Arab disamping pemindahan ilmu yang berterusan dari bahasa asing ke bahasa Arab. Adunan pengaruh budaya dan tradisi Arab, Parsi dan Turki telah mewarnai sastera Arab Abbasi lalu muncul dengan suatu tamadun yang unggul terutama pada zaman Abbasiyah Awal. Manakala penyelidikan ini adalah menggunakan kajian kualitatif menerusi metode historical study berasaskan kajian kepustakaan melalui data primer dan sekunder. Semua data dianalisis menggunakan kaedah secara kritikal dan analitikal sama ada daripada sumber dalaman dan luaran. Hasil kajian ini mendapati pengaruh uslub dan balaghah al-Qur'an al-Karim telah berjaya diadaptasi dan dimanipulasi oleh para khalifah Abbasiyah dengan memasukkan uslub al-Qur'an secara spontan dalam pidato mereka. Berdasarkan analisis teks pidato para khalifah Abbasiyah menunjukkan bahawa uslub al-Qur'an begitu hampir dengan jiwa dan tutur bicara mereka sehingga hampir setiap ucapan mengandungi unsur uslub al-Qur'an. Kajian juga telah membuktikan para Khalifah Abbasiyah yang menggunakan uslub al-Qur'an al-Karim berjaya menarik dan mempengaruhi para pendengar khususnya dan rakyat umumnya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap pemerintah yang proaktif terhadap gerakan kesusasteraan dan kegiatan ilmiah berjaya meletakkan kedudukan seni pidato sebagai satu medium penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat dan khalayak pendengar,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 161
Call Number: PJ6696.M845
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_120040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.52 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.