Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/456155
Title: Pembangunan vaksin peptida yang diformulasikan bersama nanopartikel amfifilik kitosan yang bersifat multiadjuvan terhadap kumpulan A streptococcus
Authors: Abdin Shakirin Mohamad Norpi (P97933)
Supervisor: Fazren Azmi, Dr.
Keywords: Chitosan
Streptococcal
Vaccine formulation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Aug-2022
Description: Vaksin yang efektif sangat diperlukan sebagai intervensi perubatan untuk mengawal jangkitan daripada kumpulan A Streptococcus (GAS).Penggunaan peptida sebagai calon vaksin antigen dilihat sebagai pendekatan yang efisien dalam membangunkan vaksin terhadap GAS. Hal ini disebabkan kerana penggunaan keseluruhan organisma GAS atau protein M (faktor utama virulen) sebagai vaksin antigen boleh menyebabkan penyakit autoimun. Walaubagaimanapun, vaksin berasaskan peptida kurang imunogenik secara sendirian dan memerlukan pemberian bersama adjuvan yang poten. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan formulasi nanopartikel kitosan amfifilik sebagai sistem penghantaran vaksin peptida, bersalut dengan adjuvan Poli (I:C), merupakan strategi yang berkesan untuk merangsang imuniti menentang jangkitan GAS. Dalam kajian ini, dua varian formulasi vaksin GAS yang berasaskan kitosan nanopartikel amfifilik telah dibangunkan. Vaksin yang dibangunkan terdiri daripada protein KLH (sumber epitop sel T penolong) dan epitop peptida sel B yang berasal daripada lipidasi protein M, (lipoJ14) di dalam satu struktur amfifilik nanopartikel. Perbezaan antara kedua formulasi vaksin dalam kajian ini adalah salah satu daripadanya difungsikan dengan poli (I:C) pada lapisan permukaan vaksin nanopartikel. Kedua-dua formulasi vaksin yang dihasilkan mempunyai saiz berskala nano dalam lingkungan 220 - 240 nm (P>0.05). Vaksin nanopartikel tanpa lapisan poli (I:C) mendorong pengambilan lebih banyak melebihi 65% oleh sel dendritik dan 45% oleh makrofaj berbanding dengan vaksin nanopartikel yang difungsikan dengan poli (I:C). Kedua-dua formulasi vaksin nanopartikel menghasilkan kesan tidak toksik terhadap sel HEK293. Hasil daripada imunisasi pada mencit, menunjukkan formulasi vaksin nanopartikel menghasilkan tindak balas antibodi J14 yang spesifik, terdapat perbezaan yang signifikan berbanding dengan vaksin sebatian fizikal (P>0.05). Walaubagaimanapun, tiada perbezaan penghasilan antibodi J14 yang ketara berbanding dengan imunisasi daripada kawalan positif (J14 diemulsifikasi bersama “Complete Freud's Adjuvants”) (P<0.01). Selain itu, mencit yang divaksinkan dengan formulasi vaksin nanopartikel menunjukkan tindak balas humoral (Th2) dan tindak balas selular (Th1) dengan tahap ekspresi IgG1, IgG2a dan penghasilan pelbagai sitokin (IFNγ, IL-2 dan IL-4) yang signifikan. Antibodi sistemik yang dihasilkan daripada formulasi vaksin nanopartikel menunjukkan kesan perencatan signifikan yang melebihi 50% rencatan terhadap patogen GAS komersial ATCC19165 dan juga pencilan klinikal. Selanjutnya, formulasi vaksin nanopartikel didapati selamat dan boleh diterima dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam purata berat badan dan analisa histopatologi ( hati dan buah pingang). Secara keseluruhan, data menunjukkan bahawa nanopartikel kitosan amfifilik yang mengandungi protein KLH berfungsi sebagai platform penyampaian yang berkesan untuk antigen vaksin berasaskan peptida, tanpa memerlukan tambahan adjuvan lain seperti poli (I:C) untuk mendorong tindak balas imun Th1 dan Th2,Ijazah Sarjana
Pages: 120
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130181+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.69 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.