Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395705
Title: Pendekatan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sembelihan Pendidikan Islam tingkatan 4
Authors: Syamsul Maarif Rapie@Shafei
Mohd Aderi Che Noh
Maimun Aqsha Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Pendidikan Islam
Pengajaran dan pembelajaran
Sembelihan
Tingkatan 4
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Pendekatan Berasaskan Projek merupakan pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu, pembelajaran berpusatkan murid, serta disepadukan dengan isu-isu dan amalan dunia sebenar. Pendekatan PBP juga dapat memupuk pemikiran abstrak pelajar dengan melibatkan tugasan intelektual bagi meneroka isu-isu yang kompleks dan menggalakkan pemahaman terhadap pengetahuan yang sebenar. Melalui PBP, murid meneroka, membuat pertimbangan, mentafsir, dan mensintesiskan maklumat dan cara yang bermakna (Bahagian Teknologi Pendidikan 2006). Penggunaan pendekatan PBP dapat membangunkan pembelajaran kendiri pelajar (termasuk menyelesaikan masalah), belajar untuk bersikap lebih terbuka, ingat apa yang mereka pelajari bersama serta dapat meningkatkan pencapaian mereka berbanding murid yang tidak mengikuti PBP (Fallik et al. 2008). Sebagai seorang guru untuk menyempurnakan penyembelihan dan mencapai tujuan seperti yang dinyatakan diatas perlulah menggunakan memilih kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan. Oleh itu PBP difikirkan amat sesuai dilaksanakan. Sebagai seorang guru, pengkaedahan PBP sangat penting dan pengajaran sembelihan tingkatan 4 ini kerana dengan menunjukkan cara dari awal projek dan pelajar melalui aktiviti sembelihan dengan dibimbing oleh guru dengan mengajar kaedah sembelihan yang betul mengikut ajaran Islam. (Nancy Kraft) PBP berorientasikan pembelajaran yang sebenar iaitu pelajar boleh mempraktikkan sembelihan terus di hadapan guru dan guru boleh menegur mengajar terus pelajar sekiranya melakukan kesilapan dalam sembelihan. Sembelih haiwan mestilah sempurna mengikut ajaran Islam dengan kaedah yang betul sekiranya kaedah sembelihan salah atau tersalah haiwan tersebut akan dikategorikan sebagai haram dimakan. Di samping pelajar dapat bekerjasama dan kumpulan supaya projek yang dijalankan berjaya. Untuk menyelesai sesuatu projek yang diberikan pelajar perlu bekerjasama sekiranya tidak ada kerjasama projek yang diberikan tidak akan selesai. Namun demikian untuk mengelolakan PBP dengan baik memerlukan komitmen guru yang tinggi dan sangat mencabar. Justeru, guru perlu membuat persediaan yang banyak serta tempoh masa yang agak panjang untuk mengendalikan semua aktiviti projek dengan jayanya. Sebagai seorang guru sekiranya ingin menggunakan kaedah PBP mestilah mempelajari, memahami serta mengkaji terlebih dahulu pelaksanaan langkah-langkah dan peraturan yang harus dilaksanakan dalam kaedah PBP. Sekiranya semua peraturan dipatuhi, PBP tersebut akan berjaya dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
Pages: 570-582 p.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.