Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395637
Title: Kefahaman dalam kemahiran membaca bahan rujukan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM
Authors: Fatin Nabila Che Razak
Maimun Aqsha Lubis
Jasminah Jimin
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Kefahaman
Kemahiran membaca
Bahan rujukan
Bahasa Arab
Fakulti Pengajian Islam
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Pengajaran kemahiran bahasa Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bergantung kepada objektif dan matlamat fakulti tersebut. Terdapat empat kemahiran asas yang penting dalam pengajaran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Namun begitu, kelemahan pelajar dalam membaca bahan bahasa Arab sangat ketara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Selain itu, untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk membaca rujukan bahasa Arab serta mengenal pasti hubungan antara kemahiran membaca dengan kefahaman pelajar dalam merujuk bahan teks bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual dua orang guru dari unit bahasa Arab dan 14 pelajar FPI tahun 3. Dapatan kajian menjelaskan, pelaksanaan kursus kemahiran membaca di Fakulti Pengajian Islam, UKM dijalankan dengan sistematik meliputi matlamat kursus, proses pengajaran serta pengukuran dan penilaian. Seterusnya, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelajar dalam membaca rujukan bahasa Arab di fakulti seperti minat, bahan bacaan, pengamalan strategi membaca dan tujuan membaca. Hubungan antara kemahiran membaca Bahasa Arab dengan kefahaman membaca rujukan Bahasa Arab adalah tinggi. Oleh itu, pelbagai cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di FPI, UKM.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.