Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395631
Title: Kesenian Islam dalam peradaban Islam di Malaysia
Authors: Nurul Najwa Yahya
Hafizhah Zulkifli
Maimun Aqsha Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Kesenian Islam
Ketamadunan Islam
amalan peradaban
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Kesenian dalam Islam mengajar manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah. Islam menggalakkan seni dan penciptaan yang indah-indah sesuai dengan fitrah manusia yang sukakan keindahan. Justeru itu tujuan kajian ini untuk menjelaskan konsep kesenian Islam dalam ketamadunan Islam dan mengenalpasti beberapa kesenian Islam dalam amalan peradaban di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis bahan-bahan ilmiah seperti jurnal, kertas kerja prosiding dan uku. Kajian ini mendapati bahawa konsep kesenian dalam Islam menurut Lamya Lois al-Faruqi tidak terhad kepada hasil ciptaan atau bangunan yang berunsurkan keagamaan semata-mata tetapi termasuk semua nilai keindahan atau estetika. Kesenian menurut perspektif Islam di Malaysia terbahagi kepada dua konsep seni iaitu seni rupa dan seni persembahan. Seni rupa merangkumi dua ciri iaitu mempunyai imej atau bentuk dan seni tidak mempunyai bentuk atau imej. Manakala seni persembahan pula berkaitan dengan seni muzik dan seni suara. Kesimpulannya, seni menurut Islam dianggap ibadah jika pembawaan seni sesuai dengan syariat Islam.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.