Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/389119
Title: Penyelesaian kes kebankrapan di pengadilan niaga Indonesia dan Mahkamah Tinggi Malaysia : suatu kajian perbandingan
Authors: Tata Wijayanta (P29203)
Supervisor: Aishah Bidin, Prof. Dr.
Keywords: Bankruptcy -- Indonesia
Bankruptcy -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Apr-2008
Abstract: Kegawatan ekonomi yang berlaku di Indonesia dan Malaysia pada pertengahan Tahun 1997 telah mengakibatkan pertambahan dalam jumlah kes kebankrapan di kedua-dua negara. Di Indonesia, Staatsblad 1905 Nomor 217 dan Staatsblad 1906 Nomor 348 yang berkuatkuasa pada masa itu telah didapati tidak berkesan bagi tujuan menyelesaikan kes kebankrapan. Akibatnya sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut pihak kerajaan Indonesia telah mengambil inisiatif menyelaraskan Akta ini dengan memperkenalkan Undang-Undang Nomor 4 Tahun 1998 dan kemudian disemak semula dengan Undang-Undang Nomor 37 Tahun 2004. Di Malaysia, undang-undang kebankrapan tertakluk kepada peruntukkan Akta Kebankrapan 1967. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan Akta ini dipinda pada Tabun 1998 dan dan seterusnya pada Tabun 2003. Tujuan kajian ini adalab mengkaji dan membandingkan keberkesanan penyelesaian kes kebankrapan dari segi keberkesanan Akta, bidangkuasa mahkamah, tatacara kebankrapan di mahkamah, pentadbiran harta bankrap serta kesan kebankrapan secara keseluruhan di kedua-dua negara. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif. Data kajian merangkumi data sekunder yang berasaskan kajian perpustakaan dan data primer. Lokasi kajian iaitu bandaraya Jakarta, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Para responden utama terdiri dari Hakim, Pendaftar mahkamah, pegawai jabatan undang-undang, Kurator, Balai Harta Peninggalan (BHP), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Peguamcara. Undang-Undang di England, Australia dan Singapura turut dikaji sebagai kajian perbandingan bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa undang-undang kebankrapan di kedua-dua negara adalab berbeza serta mempunyai sumber perundangan yang berbeza antara keduanya. Perbezaan lain juga turut dikenalpasti dan antaranya adalah dari segi bidangkuasa skop bankrapsi dan insolvensi, bidangkuasa mahkamah di kedua-dua negara, syarat pengisytiharan bankrapsi. Kajian ini juga menganalisa beberapa kelemahan yang ketara dalam sistem prosedur serta tatacara di Indonesia seperti kos yang tinggi, masalah keperluan dokumentasi, peraturan pelantikan Peguamcara, dan lain-lain lagi. Kelemahan lain termasuk pentadbiran harta bankrapsi yang kurang berkesan serta peranan yang dimainkan oleh pentadbir harta si bankrap. Kajian ini diakhiri dengan cadangan untuk memantapkan lagi tatacara kebankrapan di Indonesia dengan merujuk kepada amalan-amalan di Malaysia serta beberapa bidang kuasa yang lain.
metadata.dc.description.notes: Tesis ini tiada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 322
Call Number: C55.TAT 2008 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FUU - P29203 TATA WIJAYANTA.pdf
  Restricted Access
3.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.